Help you, perhaps

FEELS. WRITES. SHARES. PEOPLE READ. JUDGE. LIKE/ DISLIKE. IT'S LIFE BABY!

14 November 2013

Promo: Subway Malaysia

Semalam weols pergi City Square and had our late lunch dekat Subway. Kenapa Subway? Weols pilih Subway sebab now, Subway ada promotion!

Nak makan SEDAP + MURAH/FREE $$$ ?

Nahh, here we go! Pergi serbu mana Subway berdekatan!

Purchase 1 6" sub and a 16oz drink, from 3PM-6PM and you will get another 6" sub for FREE!

NO COUPON NEEDED and it's for LIMITED TIME only


For those who lovessss subway's cookies or chip, you guys can make an add-on sebab promotion ni exclude cookies/chips.

Do visit https://www.facebook.com/SubwayMalaysia for more info.



28 October 2013

Personaliti Mengikut Jenis Darah



Tahu tak jenis anda awak awak semua? Haa I tahu blood group I pun sebab before masuk UiTM kena buat blood test and guess what? Rupa-rupanya result blood test yang I buat kat satu hosp ni tertukar dengan my bestfriend-HAHA part ni agak lawak lah. Luckily, masa Semester Satu, I ada buat blood donation. Time tu kena check jenis darah. Masa tu, baru tahu yang sebenarnya my blood group is AB instead of B+ yang hosp tu stated in a letter.  Yang lawaknya I argue dengan uncle cina tu pasal blood group I *argue gurau gurau manja* At last, I kena cucuk DUA kali sebab si Intan Nazira ni tetap percaya kat result blood group yang hosp tutttt keluarkan-HAHA Okay tutup cerita---

Do you know that your blood type can reveals your personality and some research have been made on this matter.  Percaya tak? Okay ini cuma research based on human psychology. Haa nak tahu ada yang kena dengan personaliti anda atau tak, let's check this out!

JENIS DARAH A

1. Sukakan keamanan dan keharmonian
2. Gemar melakukan kerja secara berkumpulan
3. Mudah bercampur dengan orang sekeliling *peramah*
4. Seorang yang penyabar, bertimbang rasa
5. Penyayang tetapi degil atau keras kepala
6. Terlalu kuat bekerja sehingga tidak menghiraukan kesihatan
7. Boleh menjadi tempat bergantung dan amanah.
8. Akan cuba untuk menyembunyikan perasaan sebenar mereka dan cuma akan berkongsinya apabila dalam keadaan tertentu dan selesa.

JENIS DARAH B

1. Selesa dengan kesederhanaan atau lebih tepat, anda cool!
2. Seorang yang jujur dan gemar berterus-terang dalam sesebuah perhubungan
3. Melaksanakan sesuatu kerja dengan cara kamu yang tersendiri
4. Seorang yang kreatif, fleksible dan mudah mesra
5. Bijak bersosial
6. Sikap anda yang gemar berdikari dan tidak suka meminta bantuan orang lain, kadangkala mendatangkan masalah kepada diri anda sendiri.
7. Sering melakukan multi-tasking
8. Bercita-cita tinggi
9. Mudah memahami orang lain
10. Mudah lupa

JENIS DARAH AB

1. Tenang dan lebih bijak mengawal emosi
2. Menghormati orang di sekililing kamu membuatkan orang di sekeliling kamu lebih selesa berdampingan dengan kamu
3. Seorang yang ceria, boleh menghiburkan dan mempunyai sense of humor
4. Lemah dalam membuat sesuatu keputusan
5. Membiarkan orang lain membuat keputusan untuk hidup anda
6. Kadangkala, anda mempunyai 2 personaliti dan mengikut keadaan
7. Mempunyai ramai rakan di sekeliling anda tetapi anda masih memerlukan masa untuk bersendiri
8. Sukar memaafkan kesalahan orang lain
9. Seseorang yang lebih menonjol dan terkenal di kalangan rakan-rakan anda
10. Mempunyai masalah dalam menangani strees

JENIS DARAH O

1. Seorang yang penyabar, setia dan yakin terhadap kelebihan dan kebolehan diri sendiri
2. Gemar untuk mengetuai ahli kumpulan jika diminta untuk bekerja dalam sebuah kumpulan
3. Melakukan apa sahaja dalam usaha mencapai matlamat yang ditetapkan atau untuk mendapatkan sesuatu yang diingini
4. Kuat cemburu
5. Terlalu serius dalam sebuah persaingan sehingga membuatkan anda tertekan
6. Baik hati dan suka menolong orang
7. Fleksible dan mudah mengadaptasi sesuatu perubahan
8. Mudah dipengaruhi oleh orang sekeliling
9. Seorang yang boleh dipercayai tetapi kadangkala akan membuat kesilapan hanya kerana kurang fokus terhadap sesuatu yang dilakukan
10. Bijak menangani tekanan
11. Kadangkala mempunyai sifat yang sombong dan tidak sensetif.


Dah habis baca? Ada yang kena dengan personaliti anda tak? heee okay bawah ni ada table. Mungkin anda semua dah tahu. Cuma nak share kalau kalau ada yang masih tak tahu atau confuse tentang jenis darah anda.








Jom Derma Darah



Bila bercakap tentang derma darah mesti ada yang akan cakap

"Derma darah? Hell no!"
"Nanti badan naikk! Taknak gemukkk!"
"Takut jarum!"

Tapi... sebenarnya ada manfaatnya bila kita derma darah ni. Bukan sahaja dapat membantu mereka yang memerlukan, malah ada lagi 3 sebab yang anda patut tahu. Check this out!

1. Mampu menurunkan risiko serangan jantung hingga 88 peratus.

2. Membantu mengurangkan risiko kanser hati dan paru-paru.

3. Dapat menghindari daripada risiko penyakit hemochromatosis akibat berlebihan zat besi.

Ada juga entry yang tulis, derma darah ni boleh menurunkan berat badan.  I ingat lagi masa sekolah rendah, ada seorang ustazah ni cerita yang berat dia drop banyak sangat lepas derma darah.  Tapi.. masa i semester 1, I ada derma darah. and guess what happened to me? Selera makan bertambah-tambah sampai Encik. Boyfriend tegur kenapa macam makin bambam. Tapi semuanya bergantung pada kondisi badan penderma juga sebenarnya.

Okay for those yang nak try derma darah ni, boleh lah tinjau-tinjau sekeliling mana tahu ada banner naik tentang Kempen Derma Darah kan? Mungkin sekarang kita tak nampak kebaikannya, tetapi satu hari nanti bila kita betul-betul memerlukan bantuan tambahan darah, kita akan nampak kebaikannya.

You'll be given a small red booklet mcm kat bawah ni and you have to bring that book everytime you all nak derma darah.  Bear in mind, tak semua boleh derma darah tau.



TAKE A NOTE!

    Berumur 18-60 tahun (pengesahan umur diperlukan)
    Minimum berat 45 kg atau lebih.
    Haemoglobin anda adalah 12.5 gm% minimum.
    Derma darah terakhir anda sekurang-kurangnya 90 hari sebelum ini.
    Anda sihat dan tidak menderita malaria, tifus atau penyakit berjangkit lain di masa lalu.
    Anda telah makan dan mendapat tidur yang mencukupi.

*Inginkan maklumat lanjut atau sedang mencari penderma darah yang sesuai? Sila lawati laman web di bawah.

25 October 2013

You're Sugar To My Tea.

HELLO Azeem! It has been so long since I didn't write anything for you kan kan? I wrote this entry for you and I hope I will be able to draw a smile on your face and grows a bouquet flowers in your heart. Or else i will punch you in stomach :)

Both of this! The very first picture of us.  Taken by my old friend, Atul, during her 15th birthday. That date was 16 December 2009. Do you still remember sayang?


This picture when you was 16 and I was 15.  Both of us look young and thin. Do we? HAHA
I will never forget how we meet, our first meet, our first message, how you propose me, our first date, the moment when you make your first move and hold my hand and everything about us.


Yeahh it has been 4 years ago.  Next 23rd November is our day right? Wishing for a great celebration and well spend of time with you baby.

I just want you to know that, i had never regret of spending these beautiful 4 years with you.  Everyday you make me feels like, I fall in love with you again and again. Yeahh we had fight. I mad at you. You mad at me. But trust me, it had made our bond more strong now.

Muhammad Azeem Zakaria, Jetaime!




Love, Intan Nazira. 

What I say? What people say? What he says?

When I say

Heyy how do I look?

People say

Yeahh you just.. em not bad.

He says

You're pretty baby. You will always look pretty in anything you wear.


When I say

I'm totally give up! I don't know what should I do!

People say

Just forget it! At the first place, you know you shouldn't bla bla bla

He says

Do not easily give up baby. There are something better waiting for you. I'll always walk beside you.


When I say

Do not talk to me! I'm totally not in a good mood!

People say

Red flag rising up!
What the hell is wrong with you girl?
Distance.
Silent---

He says

*He think that it's funny when I'm mad*
Why baby? Heyy look at me! *making jokes* *cuddle* *succeed!*


and... yeahh there are many other things that make me feels like, indeed, you're the best baby!  I don't know why. I can't get my eyes off of you. Jetaime!

AzeemZakariaLove.






21 October 2013

Khasiat Ikan Tuna

Semua pasti tahu dan pernah merasa Ikan Tuna kan? Sedap dan pastinya, harga ikan tuna lebih tinggi berbanding ikan-ikan tawar yang lain.  Tetapi, berbaloi jika anda bayar lebih untuk ikan tuna ini kerana ikan tuna mengandungi banyak khasiat.  Mungkin, penggemar tuna tidak tahu tentang khasiat ikan kegemaran mereka. Nahh, teruskan membaca :)

Ikan Tuna mengandungi Omega 3 yang tinggi berbanding ikan-ikan air tawar yang lain.

OMEGA 3:  
*Merupakan kandungan lemak yang baik 
*Terdapat lebih 28x Omega 3 di dalam Ikan Tuna

Ikan Tuna juga mengandungi:
- Vitamin A
- Vitamin B6
- Protein
- Mineral Tinggi

Selain itu, Ikan Tuna juga baik untuk kesihatan dan mempunyai khasiat untuk menyembuhkan atau mengurangkan risiko menghidapi penyakit-penyakit.

1.  MENCEGAH STROKE

Kandungan gizi yang tinggi yang terkandung di dalam ikan tuna adalah berkhasiat untuk mencegah penyakit stroke.  Pengambilan Ikan Tuna secara berterusan dapat mengurangkan risiko menghidapi stroke.

2.  MENCEGAH KANSER PAYUDARA

Omega 3 yang terkandung di dalam Ikan Tuna berfungsi untuk menghalang enzim Proinflammatory (cyclooxygenase 2,COX 2).  Enzim tersebut adalah pendukung kepada terjadinya kanser payudara.

3.  MENCEGAH OBESITI

Rakyat Malaysia masa kini turut menghadapi masalah obesiti.  Statistik juga semakin meningkat tahun demi tahun.  Tahukah anda?  Kandungan EPA yang terdapat pada Ikan Tuna dapat menstimulasikan hormon Leptin sehingga ia dapat mencegah obesiti.

4.  MENJAGA JANTUNG

Omega 3 akan meningkatkan kosentrasi HDL atau kolesterol baik dalam tubuh.  Turut berfungsi untuk menghalang pembekuan darah dan menjaga denyutan jantung.  Jadi, dengan memakan Ikan Tuna atau makanan yang mengandungi Omega 3, jantung anda dan fungsinya akan terjaga.

5.  MENJAGA MATA

Makan tomato boleh menjaga mata dan kulit?  Bukan sahaja tomato, malah Ikan Tuna berfungsi untuk menjaga mata.  Omega 3 sekali lagi berfungsi untuk melawan degeneration pada mata iaitu satu keadaan ketika penglihatan menjadi buruk, seterusnya dapat mengakibatkan kehilangan penglihatan pada usia 50 tahun dan ke atas.

4 October 2013

Resdung Oh Resdung!

APA ITU RESDUNG?

Resdung ialah radang pada rongga-rongga sinus di dalam tulang muka yang bersambung dengan hidung.  Kebiasaannya, lendir ini dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan ia akan mengalir ke dalam hidung.  Resdung juga terjadi akibat alahan habuk, makanan, asap, jangkitan pepijat, hama atau kutu.

Berdasarkan istilah Perubatan Tradisional, RESDUNG - merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan ketidakselesaan akan terjadi pada individu yang mempunyai resdung.

Berdasarkan istilah Saintifik pula, RESDUNG - merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit dan ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka.

APAKAH TANDA-TANDA RESDUNG?

1.  Hidung tersumbat dan kerap bersin - terutamanya waktu pagi dan sebelum tidur
2.  Keluar lendir dari hidung dan tekak
3.  Hidung kerap berhingus - terutama apabila makan makanan pedas atau makanan laut
4.  Rambut gugur dan kulit kepala berkelemumur
5.  Jerawat pada muka dan belakang badan
6.  Muka terasa gatal seperti ada benda yang bergerak atau merayap
7.  Mata terasa pedih dan berair
8.  Nafas berbau
9.  Dll.

CARA UNTUK KURANGKAN

1.  Cuba untuk kurangkan habuk di rumah anda - terutama tempat tidur atau tempat anda bersantai di rumah
2.  Cuba untuk jauhkan diri anda daripada haiwan peliharaan
3.  Kurangkan memakan makanan yang pedas atau makanan laut - bergantung kepada alahan anda
4.  Dapatkan rawatan - rawatan asap, buang lendir atau bekam
5.  Rujuk kepada doktor atau pakar perubatan sebelum anda mengambil apa-apa ubatan

3 October 2013

The War.

.FINAL EXAMINATION WEEKS.
.EXAM FEVER.
.ALL OUT FOR THESE 5 PAPERS.
1. BEL
2. CSC
3. CTU
4. RECORDS MANAGEMENT
5. INTERPERSONAL COMMUNICATION SKILL
.PREPARE MYSELF, MY MIND, MENTAL AND PHYSICAL.
.GOOD LUCK TO ALL UITM STUDENT.
.HOPING FOR FLYING COLORS RESULT.
.AMIN :).

Perempuan Kuat Cemburu? Kenapa?

Dah memang lumrah seorang perempuan terikat rapat dengan perkataan 'CEMBURU' or omputeh cakap 'JEALOUS'.  Perasaan cemburu ni boleh timbul dalam banyak situasi. Dalam situasi bercinta, rumah tangga, bekerja, rakan dan sebagainya.  Ada jugak orang yang jenis KUAT CEMBURU dan memang tak dapat dibendung lagi.  Pokok pangkalnya ialah, individu itu sendiri dalam menangani masalah CEMBURU itu.

Okay kalau focus dekat pasangan yang bercinta, perempuan memang sinonim dengan CEMBURU. Kenapa?

1. Sifat Semulajadi Wanita

Macam yang disebut tadi, dah memang lumrah wanita ni ada perasaan cemburu.  Cuma yang membezakan, lain orang, lain tahap cemburu dia tu.  Ada jenis wanita yang tunjuk perasaan cemburu dia dengan pasangan dia. Ada yang jenis pendam sampai makan hati - parah ni -_-

2.  Terlalu Sayang

Selalunya, dalam sesebuah perhubungan ni, perempuan lagi 'concern' dan 'care' tentang pasangannya.  Boleh cakap 'terlalu sayang' lah.  Bila pasangannya tiada berdekatan, fikiran cemburu tu akan datang menusuk ke kalbu HAHA.  Mesti fikiran akan fikir benda-benda yang tak elok. Okay part ni, memang kena handle sendiri.  Kalau tak boleh handle, parah lah.  Sebab it can leads to serious problem and misunderstanding.

3.  Kurang Komunikasi

Kurang komunikasi antara pasangan juga akan menyebabkan cemburu.  Perempuan kan? So agak paranoid dan mula lah fikir yang pasangannya ada yang ketiga atau bosan dengan hubungan. Walaupun hakikatnya, mungkin pasangan anda sibuk atau terlalu penat dengan kerja seharian. Jadi, apa yang boleh ditekankan di sini, komunikasi itu penting dalam sesebuah perhubungan.  Dan... pasangan harus memahami dengan baik sikap dan cara pasangan anda.

4.  Posesif

Wanita boleh dikatakan 'obses' dengan pasangan mereka sehinggakan semua perbuatan, tingkah laku, gerak geri pasangannya akan diperhatikan.  Lagi-lagi zaman teknologi moden ni semua orang ada Facebook, Twitter etc. dan ini semua akan menyebabkan perempuan bertambah-tambah double-triple cemburu kalau mereka nampak atau terlihat pasangan mereka berhubung dengan wanita lain.  Walhal, ianya hanya perbualan biasa.

5.  Minta Perhatian

Kadang-kadang, wanita ni tunjukkan rasa cemburu dia kerana dia hendakkan perhatian pasangannya.
Mungkin bagi lelaki yang kurang tunjukkan yang mereka 'kesah' tentang pasangan mereka, akan menghadapi situasi ini di mana pasangan mereka akan menunjukkan sifat 'cemburu' yang menggunung dan membukit.  Jadi, bagi lelaki-lelaki yang baca entry ni, naikkanlah tahap kesensetifan anda terhadap pasangan anda. 

Hakikatnya, diri ini seorang yang sangat kuat cemburu dan MASIH mencari solusi bagaimana untuk kurangkan perasaan dan rasa yang tak sepatutnya ni :)







17 August 2013

Pak Putra Ayam Tandoori & Naan

Hahh krukk krekkk perut ni bunyi masa tengah update pasal Restoran Pak Putra ni.  Bukan apa, teringat kat naan cheese dia yang memang kena lah dengan tekak buaya aku ni.  Thanks to my roommate, Yaya, sebab introduced this place to me and Kak ika (KAMI HANTU CHEESE NAAN)

Untuk sesiapa yang memang suka naan, boleh lah try makan naan dekat Restoran Pak Putra ni.  Kedai dia tepi jalan je kat Kota Laksamana tuu. 


(Tengah2 makan baru perasan those girls are the crews from Hitz.fm)



Restoran Pak Putra ni ada banyak selection of food.  Macam2 sampai ada yang tak berani nak order sebab takut tak reti makan. HAHA.  Roti Naan dia ada Naan Biasa, Naan Cheese, Double/ Triple Cheese Naan, Garlic and many more.


Harga pun berpatutan tauu.  Sesuai lah dengan kesedapan dia.  Bawah ni menu yang I selalu order and maybe takkan tukar lain kot. Hehe

Ayam Tandoori : RM7
Double Cheese Naan : RM4

I tell you what, you guys should try this restaurant.  For sure, it worth.

14 July 2013

Kekal Sihat Semasa Berpuasa

Rasanya tak terlalu lambat untuk I kongsi serba sedikit tentang tips untuk kekal sihat sepanjang bulan puasa ni. Ehhh? Kalau bukan puasa tak boleh sihat ke? HAHA takk this is just a simple tips untuk pastikan diri kita mampu untuk berpuasa tanpa ada masalah kesihatan.

(1) Bersahur

Sahur ni adalah part paling penting untuk I semasa menjalani ibadah puasa.  Tak lengkap rasanya puasa kalau tak sahur.  Kalau boleh, masa sahur tu, makan berat sikit supaya ada tenaga sepanjang hari.  Lagi-lagi bagi yang bekerja tu. Mesti nak guna banyak tenaga kan?

Untuk STUDENTS yang berpuasa di campus, mesti susah nak cari nasi atau lauk masa sahur kan?  So here are my suggestions:

(i) Beli makanan kat cafe dlm pukul 11 malam ke atas.  Bukan apa, cuma nak elakkan basi.
(ii) Beli apa-apa roti yang boleh kenyangkan perut.  I prefer roti gardenia + Tuna. Perfect combination untuk buat perut I kenyang pagi-pagi buta tu.
(iii) Mintak kat parent you all sponsor periuk nasi yang kecil dan comel tu. So that you all boleh masak nasi sebelum tidur, then masa sahur boleh makan.  Kalau nak senang, mintak jugak kat parent you all makanan yang dalam tin-tin tu. Makan dengan nasi panas, memang terbaek lah!!

*My third suggestion is not really recommended sebab boleh mengakibatkan satu block hostel black out masa subuh-subuh tuu kalau tak kena dengan caranya. HAHA

(2) Minum Air Masak Secukupnya

Sepanjang seharian kita berpuasa, mesti badan kita banyak hilang air kan? So masa sahur tu, banyakkan minum air masak atau air suam.  Masa berbuka pun, lepas dah minum air manis-manis yang sejuk-sejuk tu, minum lah air masak pula yer.

(3) Berbuka Dengan Kurma

Berbuka dengan kurma adalah sunnah Rasulullah S.A.W kan? So apa kata kita ikut. Untuk sesiapa yang tak makan kurma tu, cari lah kuih-kuih yang manis tu untuk berbuka.  Lagipun, kurma ni adalah sejenis makanan yang berkarbohidrat.  Tapi yang specialnya, kurma tak perlu dihadam untuk memberikan tenaga kepada badan.  Kurma boleh memberikan tenaga semula kepada kita setelah seharian berpuasa.

(4) Kebersihan Makanan

Apparently, kita lebih prefer berbuka dengan juadan home-made kan? Haa sebenarnya itu lagi bagus sebab kita boleh pastikan makan bersih dan selamat.  Sekali-sekala terasa nak habiskan duit kat bazar Ramadhan pun boleh, adat kan.  Bukannya apa, semasa berpuasa, badan kita kekurangan air kan? Jadi, risiko untuk terkena keracunan makanan lebih tinggi daripada biasa. Jadi, ambil beratlah tentang pemilihan makanan untuk berbuka.

SELAMAT BERPUASA! :)

Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum semua.  Rasanya belum terlambat untuk ucapkan SELAMAT BERPUASA kepada seluruh umat Islam di muka bumi Allah ini.  Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan berharga untuk kita semua insyaAllah :)



Walaupun first Ramadhan tahun ini terpaksa berjauhan dengan keluarga tercinta, tapi tak menghalang diri ini untuk menyambut bulan yang mulia.  Experience jugak tauu first Ramadhan berpuasa dan berbuka dengan kawan-kawan.  


Let's make Ramadhan's Checklist


P/S:  JANGAN LUPA SAHUR YER. NANTI TAKDE TENAGA UNTUK BERPUASA

1 July 2013

Do You Love Coffee?


As you know, coffee mengandungi kafein dan adalah amat penting untuk kita, as a consumer, untuk tahu kebaikan dan keburukan coffee. Ada orang memang jenis addict gilosss dengan coffee and so am I. I'm one of the coffee lover. My favorite coffee is Old Town White Coffee, Original.

This morning, my lecturer had told me that there are some side effects of consuming too much coffee. Ergghh I felt like, do I have to stop from consuming the lovely tasty OTWC?


I just want to share my experience where I'm too rely on OTWC when I was 17 years old. I tak boleh angkat kepala kalau tak minum coffee masa sebelum pergi sekolah. Everyday kena minum kalau tak, tak boleh focus dalam class. Kerja nya nak tidur je. Fortunately, I managed to cope with this problem bila dah masuk university.

_______________________________________________________________


Here's some information about Positive and Negative effects of coffee that every coffee consumers should know :



As one of the coffee lover, I suggest supaya jangan terlalu bergantung kepada coffee.  Take it moderately before it cause you serious consequences.








26 June 2013

Simple Make-up Tips For Classes

WELCOME BEAUTIFUL!

Okay for this entry, I ada beberapa tips yang boleh I share untuk you all yang baca entry kali ni. Yang lagi special, my lovely kerazyy roommate tolong I jadi model untuk this entry. So, teruskan membaca :)
___________________________________________________________________

Me as a student, kadang kadang ada masalah juga lah dengan make-up ni. Sebab takut TERover make up. Untuk ke class, I prefer make up yang simple dan tak nampak heavy. Takut nanti ada mulut-mulut yang cakap...

"Tengok tuu budak tuu, nak g class ke nak g konsert?"
"Eshh tebalnya make up dia. Ada function ke?"
Paling ngerii "Assalamualaikum miss/madam" Ahh sudahh -___-"

So next, I ada beberapa tips how to apply just a simple touch untuk ke class. Do read :)

____________________________________________________________________


Untuk tutorial simple make up ni, I just gunakan barang barang yg kat atas ni :

NOUR AIN FOUNDATION
Datang dalam set produk kecantikan yang lain eg cleanser, toner etc., RM100.

PIXY COMPACT POWDER
I bet ramai yang pakai Pixy kan? Kalau tak pun Miami. Any kind of compact powder boleh guna depends on your skin type and tone.

AVON EYEBROW LINER
Warna dia sangat cantik dan bila apply pun rasa comfort je. Complete dengan sharpener just for RM9.90

SOPHIE MAGIC PINK
Boleh dapatkan di mana mana boutique Sophie Paris Malaysia dengan harga RM7 
*Ada discount untuk members*
*Long-lasting dan bila apply nampak mcm your cheek is naturally pink*

AVON MAGIC LIP ICE
Boleh guna any kind of lip ice you are used to as long as sesuai


1. First of all, apply Nour Ain Foundation so that make up long lasting
* Student selalu ada eyebag kan? So apply more kat bawah mata*


2. Apply Pixy Compact Powder dengan rata
*Tips: bawa lah selalu dalam beg so that boleh touch up. Lagi lagi kalau class pack dari pagi sampai petang kan*


3. Kalau nak nampak wajah lebih segar dan lebih berani, apply eyebrow liner tapi jangan terlalu thick sebab takut jadi Sinchan  *k gurauu *


4. Next, Sophie Magic Pink, Product ni ikut warna darah. Just picitkan sikit sahaja kat jari.


6. Then apply Sophie Magic Pink tadi on your both cheek secara rounded so that nampak rata *apply sedikit sahaja dan cream ni long lasting*


7. Apply kan lip ice on your lips untuk hilangkan pucat atau untuk tampak lebih segar
*boleh guna any kind of lip ice depends on your suitability*
*Most important untuk those who have dry lips*


8. FINISH! She looks simply pretty and these kind of make up sangat sesuai untuk ke class sebab tak terlalu obvious kan? Nampak natural :)

_____________________________________________________________

Actually it's just took about 5-6 MINUTES untuk buat simple make up ni. Untuk sesiapa yang rasa rasa macam terlalu simple semasa ke class, try lah tutorial ni. Lagi lagi time ada presentation kan? Jangan lah terlalu pandang rendah tentang penampilan kita. Sebab our appearance can make the first impression kan?

So it's time for you to try these tips and make a change!



Credit to Nur Syahirah Ayub










21 June 2013

Jerebu Datang Lagi

Dalam masa lebih kurang seminggu ni masalah jerebu makin teruk kan? Lagi lagi dekat area Johor Bahru *Johor Bahru I youallllssss* Risau jugak kat my family kat JB sana. Sebab dalam FB Twitter kata Pasir Gudang is one of the place that has the highest rate of Jerebu or we can call it, Indeks Pencemaran Udara (IPU). Jerebu tu apa?

JEREBU: Keadaan kehadiran partikel terampai di atmosfera seperti gas-gas, debu, habuk dan zarah di dalam keadaan udara kering.  Jerebu juga berpunca daripada pencemaran udara seperti pembakaran terbuka atau open burning.

So, here are some information and advice for you :)

GEJALA DAN KESAN JEREBU TERHADAP KESIHATAN

1. Batuk-batuk
2. Terasa gatal di bahagian kerongkong
3. Sukar untuk bernafas atau sesak nafas
4. Mata terasa pedih dan berair
5. Hidung berair dan kerap bersin
6. Kulit badan terasa gatal-gatal
7. Sakit dada

TENGOK BAWAH NI


Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/jerebu-ambil-langkah-berjaga-jaga-16649?cp

APA PERLU BUAT KALAU...

1. Kalau sesiapa yang dah ada tanda-tanda kat atas tadi tu, kena cepat cepat pergi jumpa doctor untuk dapatkan rawatan dan nasihat yang lebih lanjut.

2. Mereka mereka yang ada penyakit kronik, laaaaaaagiiiiii lah perlu berjaga atau pergi jumpa doctor okay sebelum jadi apa apa.

3. Kalau anda bekerja di kawasan luar atau tempat terbuka, menunggang motosikal, lebih baik pergi farmasi atau mana mana kedai yang ada jual PENUTUP HIDUNG atau NASAL MASK. Senang cakap kalau you all duduk kat tempat tempat yang affected ni, lebih baik pakai je nasal mask tu. Tak susah pun :)

4. Kalau anada adalah seorang perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa yang sakit or relatives, better jangan smoking dalam rumah.

5. Kalau tengah drive atau duduk dalam kereta, switch on air cond.

6. Kalau bacaan IPU melebihi >100, perokok dinasihatkan tidak merokok.


#Credit to rossacalla.blogspot.com for this tips :)






Kisah Header Baru

Ni Hao! Cute tak header baru tu? HAHA Penat kot buat. Disebabkan dah lama tak tukar header, dah lupa yg kalau nak selamat, kena try tukar header dgn gambar baru then baru edit2 nak tulis apa. Tadi aku pergi edit2 dulu, tulis letak hias macam macam. Tup tup bila dah upload, hamekk! Kecikkkk gilaa! Tak fit pun. Pastu kena googling gambar lain, then edit, the upload lagi sekali. Haaa so ended up, macam yang kat tu laa hikhik.

20 June 2013

Semester 3

If The Rainbow is my house, i bet it is full of sawangssss habuksssss segala macam sampah sebab lama tak jenguk. Haha too busy actually. Hacummmm! See see i told you already HAHA--

NEW SEMESTER. NEW SUBJECTS. NEW HOPES. NEW VISION.

Semester 3 ni is quite tough lah for me. Bcus, there are some subjects yang agak rare for me. For these past two weeks, I was like...

" errrgghh what is theseeee??"
"guys, are we really need to learn theseee?"
"laoshi.... wu an"
"ehh, dapat lecturer masa sem 1 lah"
" susah ni nak DL lagi this sem T_T "

The funniest part is when I have to speak like a weirdo dumbo and... i don't have an idea how to describe how do I look when I speak in Chinese. Actually dulu masa sekolah rendah, ada amik class Bahasa Cina. But it has been a long time ago. Dah lebih 10 tahun dah pun. So, semuanya dah lupa. Sikit2 je yang melekat dalam otak ni. But yeah, it's a new experience for me and I have to face it.

The best part is, my class got back our Part 1 BEL's lecturer who's Madam Asyikeen. She had delivered her baby safely. She looks pretty and slim river you know. Yang best nya dia tu, dia tak terlalu strict dalam speaking in English. I like her type. Yang paling aku suka, dia tahu nama aku. Tu yang best. Senang nak get into her. Dia pun mcm respect and accept all my opinions. Rasa appreciated lah kat situ.

RINTAS is also one of tough subject. Actually dia sangat best dan simple sebab we just have to tulis perkataan mcm texting. Perkataan pendek2 tuu. Tapi teknik dan rules dia agak lain sikit.

Records Managements
Interpersonal Communication
Mandarin
CSC
CTU
Rintas
BEL

These are the subjects that need to be covered by me for this semester. All of these subject are interesting. Different from my past two semester. Hopefully, I can fulfill my dream to be in the Dean List for every semester. InsyaAllah :)




8 March 2013

Birthday with love



Hii hii! Errr muak tak agak2 kalau I post entry pasal birthday lagi? HAHA *kesah* Actually agak busy so that takde masa nak update blog. Before orang tu merajuk, now I nak cerita sikit pasal the 2nd celebration of my 19th birthday. The previous one dengan my girls kan, but the 2nd one, dengan Muhammad Azeem Zakaria. :*


Look at this! I got chocolate moist SR cake from Jijim :* Even satu slice je, tapi sangat2 bermakna lah kan.  Lagipun kalau beli sebijik, siapa mau makangg? and on that day, Ajim ikut ckp aku nak makan kat Kenny Rogers. Disebabkan Mahkota Parade tu takde banyak kedai makan sangat -,-


Haa ni gamba masa me and ajim on the way pergi Klebang. Disebabkan ajim ni suka sangat Coconut Shake, so I bawak dia ke sana. Errr confusing siapa punye birthday actually? HAHA takpe, budak ni jarang datang Melaka kan :P

 
Tarrraaaa! Heeeee sangat happy dapat hadiah daripada sayang. Selepas sekian lama meneka apa sebenarnya hadiah yang dia nak bagi. HAHA cluenya: warna merah, ada cermin, benda yang kita bincangkan tadi HAHA walaupun tak dapat helikopter, tapi this is pretty much enough :)


This is the last picture of us before he's leaving. Thanks sayang sebab sanggup datang Melaka celebrate my birthday. Thanks for the present, cake, your time, moment on cruise, jonker walk ans so on. I happy sangat dapat spend time dengan you for the whole day. These are the most precious moment of me and you <3




6 March 2013

Port Dickson and Birthday Bash Part 2

Tajuk entry ade gaya macam twilight tak siap ada part 1 and part 2? HAHA okay actually aku agak ketinggalan sebab dah umur 19 tahun pun tak penah jejakkan kat Port Dickson. Even kawan2 aku kata:

" hahh PD? boringgg!" 
"alahh jauh lah PD tuu"
"jalan berliku liku gelap woi nak pergi sana kalau ikut masjid tanah"

Whatever they said, aku tetap cakap aku nak pergi jugak! Hello babe! PD weh PD! I've never been there before! But thank God and also thank to my KAKAK NOR ATIQAH because had brought me to step at laut PD tu haa.  Here are some pictures of us ~ ~



WE ARE HERE! TELUK KEMANG, PORT DICKSON! *DANCE*

Aku agak agas lah kan pakai jeans and cardigan bagai padahal nak pergi pantai. HAHA it's okay before mandi transform eh :P



Nama signboard atas ni macam tempat untuk work out je kan. HAHA tak tahu apa motif dia tulis wellness zone -__-


Me with azra :*


BA tied! Ready for Banana Boat wehuuu!


Picture ni kalau dapat zoom dekat2 maybe dapat tengok muka toyer aku yang dah terminum banyak air masin tu.  Guess what? I almost die on my birthday! HAHA tragis tak bunyi nya? Nothing happen actually. Cuma the condition of that BA is not really good.  So bila banana boat tu terbalik, I lost my balancing and I felt like almost jatuh ke bawah.  Thank God lepas tu abang tu bagi tukar BA dia suruh aku pakai.


Okay ni condition masa baru-baru naik banana boat :D


Wooiiiii sangat happening!!! That Kakak bawak kitorang a little bit jauh daripada pulau. And it was so awesome. Angin kuat sejuk and I was feeling like, erghh best (Y)


Kakak tu jatuhkan we all dari banana boat about 2 times. and I felt so amazed!


For those yang tak pernah try banana boat ni, pergi lah PD. or mana mana tempat lain yang ada banana boat ni. I bet it will not disappoint you. 

Banana Boat yang we all naik ni harga dia RM12 per person. Besides banana boat, ada jugak Jet Ski for RM20 for 25 minutes and satu lagi dia almost same like banana boat but nama dia Air Head. Bila naik Air Head tu, kita akan dalam keadaan baring melukup and then speed boat tu akan bawak kita jalan and then splash! Jatuh! But I'm not sure about the price of that Air Head.


On that day, they are splashing me with WATER, TEPUNG AND TELUR. Ade ke patut?? Entah bila masa tah budak budak tu pergi beli tepung and telur bagai. Yang tak boleh bla nya, abang banana boat tu pun join sekali bash aku. Aku tanya diorang bila masa plan, they just said

"masa Intan pergi tukar baju kitorang sempat plan ngan abang tu haa"
HAHA terror kan all my drama queens?? :/


With Kak Ika and azra :*


Thanks to Qila for snapping our ass HAHA Errr nampak kurus tak? Hmm macam takde perubahan je diet ni :/


The Shades





Figos

Last word, thanks again girls. You are the best drama queen and joker for me.  Thanks for always being beside me and cheer me up. ILY <3