Help you, perhaps

FEELS. WRITES. SHARES. PEOPLE READ. JUDGE. LIKE/ DISLIKE. IT'S LIFE BABY!

21 October 2013

Khasiat Ikan Tuna

Semua pasti tahu dan pernah merasa Ikan Tuna kan? Sedap dan pastinya, harga ikan tuna lebih tinggi berbanding ikan-ikan tawar yang lain.  Tetapi, berbaloi jika anda bayar lebih untuk ikan tuna ini kerana ikan tuna mengandungi banyak khasiat.  Mungkin, penggemar tuna tidak tahu tentang khasiat ikan kegemaran mereka. Nahh, teruskan membaca :)

Ikan Tuna mengandungi Omega 3 yang tinggi berbanding ikan-ikan air tawar yang lain.

OMEGA 3:  
*Merupakan kandungan lemak yang baik 
*Terdapat lebih 28x Omega 3 di dalam Ikan Tuna

Ikan Tuna juga mengandungi:
- Vitamin A
- Vitamin B6
- Protein
- Mineral Tinggi

Selain itu, Ikan Tuna juga baik untuk kesihatan dan mempunyai khasiat untuk menyembuhkan atau mengurangkan risiko menghidapi penyakit-penyakit.

1.  MENCEGAH STROKE

Kandungan gizi yang tinggi yang terkandung di dalam ikan tuna adalah berkhasiat untuk mencegah penyakit stroke.  Pengambilan Ikan Tuna secara berterusan dapat mengurangkan risiko menghidapi stroke.

2.  MENCEGAH KANSER PAYUDARA

Omega 3 yang terkandung di dalam Ikan Tuna berfungsi untuk menghalang enzim Proinflammatory (cyclooxygenase 2,COX 2).  Enzim tersebut adalah pendukung kepada terjadinya kanser payudara.

3.  MENCEGAH OBESITI

Rakyat Malaysia masa kini turut menghadapi masalah obesiti.  Statistik juga semakin meningkat tahun demi tahun.  Tahukah anda?  Kandungan EPA yang terdapat pada Ikan Tuna dapat menstimulasikan hormon Leptin sehingga ia dapat mencegah obesiti.

4.  MENJAGA JANTUNG

Omega 3 akan meningkatkan kosentrasi HDL atau kolesterol baik dalam tubuh.  Turut berfungsi untuk menghalang pembekuan darah dan menjaga denyutan jantung.  Jadi, dengan memakan Ikan Tuna atau makanan yang mengandungi Omega 3, jantung anda dan fungsinya akan terjaga.

5.  MENJAGA MATA

Makan tomato boleh menjaga mata dan kulit?  Bukan sahaja tomato, malah Ikan Tuna berfungsi untuk menjaga mata.  Omega 3 sekali lagi berfungsi untuk melawan degeneration pada mata iaitu satu keadaan ketika penglihatan menjadi buruk, seterusnya dapat mengakibatkan kehilangan penglihatan pada usia 50 tahun dan ke atas.

No comments:

Post a Comment