Tutorial menyebut lasagna : La-za-ni-ya (^_^)v
#TIPS PALING PENTING: Jangan berangan nak buat lasagna ni kalau dalam poket tu agak agak macam tipis je okay?
BAHAN-BAHAN
1 Labu Bawang Besar
5-6 Ulas Bawang Putih
Cheese Parmesan
Cheese Mozarella
1 Kotak Instant Lasagna (Bergantung kepada size bekas yang anda guna)
1 Mangkuk Tomato Puree (Any brand of Tomato Puree)
1 Tin Cendawan Butang
400g Daging lembu / Ayam Cincang (Boleh beli lebih kalau suka ada inti)
Blackpepper
2 Sudu Besar Cili Boh / Sos cili
Garam Secukup Rasa
3 atau 4 Sudu Besar Tepung Gandum (Untuk likatkan kuah putih)
1/2 Buttercup
1/2 Cheese Cheddar
600ml Fresh Milk
CARA-CARA MENYEDIAKAN INTI DAGING
*Cara dia sama macam nak buat sos untuk spagetti.
1. Tumiskan bawang besar dan bawah putih sehingga wangi (Tumbuk atau blender terlebih dahulu)
2. Masukkan daging lembu atau ayam cincang
3. Masukkan Tomato Puree
4. Tambahkan garam secukup rasa
5. Masukkan cendawan butang
6. Masukkan sos cili / lada boh
*Kalau nak tambah lada benggala atau benda alah bulat2 warna hitam yang ada kat pizza hut tu pun bolehh
CARA-CARA MENYEDIAKAN SOS PUTIH
*Untuk masak sos putih ni, gunakan api yang PALING KECIK tauu.
1. Cairkan butter
2. Lepas butter dah cair, masukkan fresh milk
3. Masukkan keju Cheddar
4. Tambahkan garam secukup rasa
5. Masukkan tepung gandum
#TIPS : Untuk elakkan tepung tu berbijik bijik bila dah masuk dalam sos putih tu, masukkan tepung tu dalam cawan dulu. Tambahkan air dan kacau sampai dia jadi air then baru masukkan dalam sos putih tu.
*Masa tengah masak sos putih tu, u all dah boleh rendamkan Instant Lasagna tu dalam air panas. Bagi dia lembut. Tapi jangan lembut sangat.
Okay now dah siap kan inti daging n sos putih tu? So, It's time for make the layer (^_^)v
#TIPS : Sapukan bekas pembakar tu dengan marjerin or butter yang lebih tu. Nanti senang nak potong tak melekat.
CARA SUSUNAN LAYER LASAGNA
Instant Lasagna > Inti Daging > Sos Putih
*Ulang 3 kali or ikot suka hati u all lah. Depends on ketinggian bekas pembakar yg u all guna.
* Lepas dah siap layer korang tuu, atas sekali, taburkan mozarella and parmesan. Haa part ni korang punya suka hati jantung limpa lah nak tabur bape banyak sekali pun. Lemak sendiri, sendiri tanggung-HAHA
#TIPS : Parmesan jangan tabur banyak sangat. Sebab for me, parmesan agak masin.
See see baaaanyak gilaa mozarella atas tu kan-HAHA
* Lepas dah susun layer dia cantik cantik, dah tabut mozarella n parmesan tu cecantik, so dah boleh masuk dalam oven. Ikut ni:
*Api atas bawah
*180 degree
*25-30 minit
*Kalau nak topping dia macam dah kuning kuning sikit tu, that's mean dah masak laa tu :)
Here we go! Lasagna dah siap!! Nyum nyumss
Ni lah rupa lasagna aku bila aku yang memotongnya-HAHA memang failed lah potong lasagna nii. Sebab dia too soft and creamy.
Haa ni my first try. Buruk gilaa kan?-HAHA Topping dia agak overcooked. So from 40 minutes, i reduce to 25-30 minutes.
Haa ni pulak rupa lasagna aku pagi tadi. Semalam tak habis so aku simpan dalam peti ais. Pagi tadi panaskan semula dalam oven, so texture dia agak kering. So moral of the story, makan masa dia tengah panas2 tu.
Soooooooo that's it! Untuk cuti semester ni, aku dah belajar masak kek buah dan lasagna. Yang special nya lasagna ni, i made by my own hikhik. Sooo, SELAMAT MENCUBA! (^_^)v
No comments:
Post a Comment