Do you know that your blood type can reveals your personality and some research have been made on this matter. Percaya tak? Okay ini cuma research based on human psychology. Haa nak tahu ada yang kena dengan personaliti anda atau tak, let's check this out!
JENIS DARAH A
1. Sukakan keamanan dan keharmonian
2. Gemar melakukan kerja secara berkumpulan
3. Mudah bercampur dengan orang sekeliling *peramah*
4. Seorang yang penyabar, bertimbang rasa
5. Penyayang tetapi degil atau keras kepala
6. Terlalu kuat bekerja sehingga tidak menghiraukan kesihatan
7. Boleh menjadi tempat bergantung dan amanah.
8. Akan cuba untuk menyembunyikan perasaan sebenar mereka dan cuma akan berkongsinya apabila dalam keadaan tertentu dan selesa.
JENIS DARAH B
1. Selesa dengan kesederhanaan atau lebih tepat, anda cool!
2. Seorang yang jujur dan gemar berterus-terang dalam sesebuah perhubungan
3. Melaksanakan sesuatu kerja dengan cara kamu yang tersendiri
4. Seorang yang kreatif, fleksible dan mudah mesra
5. Bijak bersosial
6. Sikap anda yang gemar berdikari dan tidak suka meminta bantuan orang lain, kadangkala mendatangkan masalah kepada diri anda sendiri.
7. Sering melakukan multi-tasking
8. Bercita-cita tinggi
9. Mudah memahami orang lain
10. Mudah lupa
JENIS DARAH AB
1. Tenang dan lebih bijak mengawal emosi
2. Menghormati orang di sekililing kamu membuatkan orang di sekeliling kamu lebih selesa berdampingan dengan kamu
3. Seorang yang ceria, boleh menghiburkan dan mempunyai sense of humor
4. Lemah dalam membuat sesuatu keputusan
5. Membiarkan orang lain membuat keputusan untuk hidup anda
6. Kadangkala, anda mempunyai 2 personaliti dan mengikut keadaan
7. Mempunyai ramai rakan di sekeliling anda tetapi anda masih memerlukan masa untuk bersendiri
8. Sukar memaafkan kesalahan orang lain
9. Seseorang yang lebih menonjol dan terkenal di kalangan rakan-rakan anda
10. Mempunyai masalah dalam menangani strees
JENIS DARAH O
1. Seorang yang penyabar, setia dan yakin terhadap kelebihan dan kebolehan diri sendiri
2. Gemar untuk mengetuai ahli kumpulan jika diminta untuk bekerja dalam sebuah kumpulan
3. Melakukan apa sahaja dalam usaha mencapai matlamat yang ditetapkan atau untuk mendapatkan sesuatu yang diingini
4. Kuat cemburu
5. Terlalu serius dalam sebuah persaingan sehingga membuatkan anda tertekan
6. Baik hati dan suka menolong orang
7. Fleksible dan mudah mengadaptasi sesuatu perubahan
8. Mudah dipengaruhi oleh orang sekeliling
9. Seorang yang boleh dipercayai tetapi kadangkala akan membuat kesilapan hanya kerana kurang fokus terhadap sesuatu yang dilakukan
10. Bijak menangani tekanan
11. Kadangkala mempunyai sifat yang sombong dan tidak sensetif.
Dah habis baca? Ada yang kena dengan personaliti anda tak? heee okay bawah ni ada table. Mungkin anda semua dah tahu. Cuma nak share kalau kalau ada yang masih tak tahu atau confuse tentang jenis darah anda.
No comments:
Post a Comment