Help you, perhaps

FEELS. WRITES. SHARES. PEOPLE READ. JUDGE. LIKE/ DISLIKE. IT'S LIFE BABY!

28 October 2013

Jom Derma Darah



Bila bercakap tentang derma darah mesti ada yang akan cakap

"Derma darah? Hell no!"
"Nanti badan naikk! Taknak gemukkk!"
"Takut jarum!"

Tapi... sebenarnya ada manfaatnya bila kita derma darah ni. Bukan sahaja dapat membantu mereka yang memerlukan, malah ada lagi 3 sebab yang anda patut tahu. Check this out!

1. Mampu menurunkan risiko serangan jantung hingga 88 peratus.

2. Membantu mengurangkan risiko kanser hati dan paru-paru.

3. Dapat menghindari daripada risiko penyakit hemochromatosis akibat berlebihan zat besi.

Ada juga entry yang tulis, derma darah ni boleh menurunkan berat badan.  I ingat lagi masa sekolah rendah, ada seorang ustazah ni cerita yang berat dia drop banyak sangat lepas derma darah.  Tapi.. masa i semester 1, I ada derma darah. and guess what happened to me? Selera makan bertambah-tambah sampai Encik. Boyfriend tegur kenapa macam makin bambam. Tapi semuanya bergantung pada kondisi badan penderma juga sebenarnya.

Okay for those yang nak try derma darah ni, boleh lah tinjau-tinjau sekeliling mana tahu ada banner naik tentang Kempen Derma Darah kan? Mungkin sekarang kita tak nampak kebaikannya, tetapi satu hari nanti bila kita betul-betul memerlukan bantuan tambahan darah, kita akan nampak kebaikannya.

You'll be given a small red booklet mcm kat bawah ni and you have to bring that book everytime you all nak derma darah.  Bear in mind, tak semua boleh derma darah tau.



TAKE A NOTE!

    Berumur 18-60 tahun (pengesahan umur diperlukan)
    Minimum berat 45 kg atau lebih.
    Haemoglobin anda adalah 12.5 gm% minimum.
    Derma darah terakhir anda sekurang-kurangnya 90 hari sebelum ini.
    Anda sihat dan tidak menderita malaria, tifus atau penyakit berjangkit lain di masa lalu.
    Anda telah makan dan mendapat tidur yang mencukupi.

*Inginkan maklumat lanjut atau sedang mencari penderma darah yang sesuai? Sila lawati laman web di bawah.

No comments:

Post a Comment