Okay kalau focus dekat pasangan yang bercinta, perempuan memang sinonim dengan CEMBURU. Kenapa?
1. Sifat Semulajadi Wanita
Macam yang disebut tadi, dah memang lumrah wanita ni ada perasaan cemburu. Cuma yang membezakan, lain orang, lain tahap cemburu dia tu. Ada jenis wanita yang tunjuk perasaan cemburu dia dengan pasangan dia. Ada yang jenis pendam sampai makan hati - parah ni -_-
2. Terlalu Sayang
Selalunya, dalam sesebuah perhubungan ni, perempuan lagi 'concern' dan 'care' tentang pasangannya. Boleh cakap 'terlalu sayang' lah. Bila pasangannya tiada berdekatan, fikiran cemburu tu akan datang menusuk ke kalbu HAHA. Mesti fikiran akan fikir benda-benda yang tak elok. Okay part ni, memang kena handle sendiri. Kalau tak boleh handle, parah lah. Sebab it can leads to serious problem and misunderstanding.
3. Kurang Komunikasi
Kurang komunikasi antara pasangan juga akan menyebabkan cemburu. Perempuan kan? So agak paranoid dan mula lah fikir yang pasangannya ada yang ketiga atau bosan dengan hubungan. Walaupun hakikatnya, mungkin pasangan anda sibuk atau terlalu penat dengan kerja seharian. Jadi, apa yang boleh ditekankan di sini, komunikasi itu penting dalam sesebuah perhubungan. Dan... pasangan harus memahami dengan baik sikap dan cara pasangan anda.
4. Posesif
Wanita boleh dikatakan 'obses' dengan pasangan mereka sehinggakan semua perbuatan, tingkah laku, gerak geri pasangannya akan diperhatikan. Lagi-lagi zaman teknologi moden ni semua orang ada Facebook, Twitter etc. dan ini semua akan menyebabkan perempuan bertambah-tambah double-triple cemburu kalau mereka nampak atau terlihat pasangan mereka berhubung dengan wanita lain. Walhal, ianya hanya perbualan biasa.
5. Minta Perhatian
Kadang-kadang, wanita ni tunjukkan rasa cemburu dia kerana dia hendakkan perhatian pasangannya.
Mungkin bagi lelaki yang kurang tunjukkan yang mereka 'kesah' tentang pasangan mereka, akan menghadapi situasi ini di mana pasangan mereka akan menunjukkan sifat 'cemburu' yang menggunung dan membukit. Jadi, bagi lelaki-lelaki yang baca entry ni, naikkanlah tahap kesensetifan anda terhadap pasangan anda.
Hakikatnya, diri ini seorang yang sangat kuat cemburu dan MASIH mencari solusi bagaimana untuk kurangkan perasaan dan rasa yang tak sepatutnya ni :)
Nice info
ReplyDelete