(1) Bersahur
Sahur ni adalah part paling penting untuk I semasa menjalani ibadah puasa. Tak lengkap rasanya puasa kalau tak sahur. Kalau boleh, masa sahur tu, makan berat sikit supaya ada tenaga sepanjang hari. Lagi-lagi bagi yang bekerja tu. Mesti nak guna banyak tenaga kan?
Untuk STUDENTS yang berpuasa di campus, mesti susah nak cari nasi atau lauk masa sahur kan? So here are my suggestions:
(i) Beli makanan kat cafe dlm pukul 11 malam ke atas. Bukan apa, cuma nak elakkan basi.
(ii) Beli apa-apa roti yang boleh kenyangkan perut. I prefer roti gardenia + Tuna. Perfect combination untuk buat perut I kenyang pagi-pagi buta tu.
(iii) Mintak kat parent you all sponsor periuk nasi yang kecil dan comel tu. So that you all boleh masak nasi sebelum tidur, then masa sahur boleh makan. Kalau nak senang, mintak jugak kat parent you all makanan yang dalam tin-tin tu. Makan dengan nasi panas, memang terbaek lah!!
*My third suggestion is not really recommended sebab boleh mengakibatkan satu block hostel black out masa subuh-subuh tuu kalau tak kena dengan caranya. HAHA
(2) Minum Air Masak Secukupnya
Sepanjang seharian kita berpuasa, mesti badan kita banyak hilang air kan? So masa sahur tu, banyakkan minum air masak atau air suam. Masa berbuka pun, lepas dah minum air manis-manis yang sejuk-sejuk tu, minum lah air masak pula yer.
(3) Berbuka Dengan Kurma
Berbuka dengan kurma adalah sunnah Rasulullah S.A.W kan? So apa kata kita ikut. Untuk sesiapa yang tak makan kurma tu, cari lah kuih-kuih yang manis tu untuk berbuka. Lagipun, kurma ni adalah sejenis makanan yang berkarbohidrat. Tapi yang specialnya, kurma tak perlu dihadam untuk memberikan tenaga kepada badan. Kurma boleh memberikan tenaga semula kepada kita setelah seharian berpuasa.
(4) Kebersihan Makanan
Apparently, kita lebih prefer berbuka dengan juadan home-made kan? Haa sebenarnya itu lagi bagus sebab kita boleh pastikan makan bersih dan selamat. Sekali-sekala terasa nak habiskan duit kat bazar Ramadhan pun boleh, adat kan. Bukannya apa, semasa berpuasa, badan kita kekurangan air kan? Jadi, risiko untuk terkena keracunan makanan lebih tinggi daripada biasa. Jadi, ambil beratlah tentang pemilihan makanan untuk berbuka.
SELAMAT BERPUASA! :)
No comments:
Post a Comment