Help you, perhaps

FEELS. WRITES. SHARES. PEOPLE READ. JUDGE. LIKE/ DISLIKE. IT'S LIFE BABY!

21 October 2013

Khasiat Ikan Tuna

Semua pasti tahu dan pernah merasa Ikan Tuna kan? Sedap dan pastinya, harga ikan tuna lebih tinggi berbanding ikan-ikan tawar yang lain.  Tetapi, berbaloi jika anda bayar lebih untuk ikan tuna ini kerana ikan tuna mengandungi banyak khasiat.  Mungkin, penggemar tuna tidak tahu tentang khasiat ikan kegemaran mereka. Nahh, teruskan membaca :)

Ikan Tuna mengandungi Omega 3 yang tinggi berbanding ikan-ikan air tawar yang lain.

OMEGA 3:  
*Merupakan kandungan lemak yang baik 
*Terdapat lebih 28x Omega 3 di dalam Ikan Tuna

Ikan Tuna juga mengandungi:
- Vitamin A
- Vitamin B6
- Protein
- Mineral Tinggi

Selain itu, Ikan Tuna juga baik untuk kesihatan dan mempunyai khasiat untuk menyembuhkan atau mengurangkan risiko menghidapi penyakit-penyakit.

1.  MENCEGAH STROKE

Kandungan gizi yang tinggi yang terkandung di dalam ikan tuna adalah berkhasiat untuk mencegah penyakit stroke.  Pengambilan Ikan Tuna secara berterusan dapat mengurangkan risiko menghidapi stroke.

2.  MENCEGAH KANSER PAYUDARA

Omega 3 yang terkandung di dalam Ikan Tuna berfungsi untuk menghalang enzim Proinflammatory (cyclooxygenase 2,COX 2).  Enzim tersebut adalah pendukung kepada terjadinya kanser payudara.

3.  MENCEGAH OBESITI

Rakyat Malaysia masa kini turut menghadapi masalah obesiti.  Statistik juga semakin meningkat tahun demi tahun.  Tahukah anda?  Kandungan EPA yang terdapat pada Ikan Tuna dapat menstimulasikan hormon Leptin sehingga ia dapat mencegah obesiti.

4.  MENJAGA JANTUNG

Omega 3 akan meningkatkan kosentrasi HDL atau kolesterol baik dalam tubuh.  Turut berfungsi untuk menghalang pembekuan darah dan menjaga denyutan jantung.  Jadi, dengan memakan Ikan Tuna atau makanan yang mengandungi Omega 3, jantung anda dan fungsinya akan terjaga.

5.  MENJAGA MATA

Makan tomato boleh menjaga mata dan kulit?  Bukan sahaja tomato, malah Ikan Tuna berfungsi untuk menjaga mata.  Omega 3 sekali lagi berfungsi untuk melawan degeneration pada mata iaitu satu keadaan ketika penglihatan menjadi buruk, seterusnya dapat mengakibatkan kehilangan penglihatan pada usia 50 tahun dan ke atas.

4 October 2013

Resdung Oh Resdung!

APA ITU RESDUNG?

Resdung ialah radang pada rongga-rongga sinus di dalam tulang muka yang bersambung dengan hidung.  Kebiasaannya, lendir ini dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan ia akan mengalir ke dalam hidung.  Resdung juga terjadi akibat alahan habuk, makanan, asap, jangkitan pepijat, hama atau kutu.

Berdasarkan istilah Perubatan Tradisional, RESDUNG - merupakan kerengsangan hidung yang boleh menyebabkan hidung dan organ-organ lain menjadi gatal dan ketidakselesaan akan terjadi pada individu yang mempunyai resdung.

Berdasarkan istilah Saintifik pula, RESDUNG - merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit dan ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka.

APAKAH TANDA-TANDA RESDUNG?

1.  Hidung tersumbat dan kerap bersin - terutamanya waktu pagi dan sebelum tidur
2.  Keluar lendir dari hidung dan tekak
3.  Hidung kerap berhingus - terutama apabila makan makanan pedas atau makanan laut
4.  Rambut gugur dan kulit kepala berkelemumur
5.  Jerawat pada muka dan belakang badan
6.  Muka terasa gatal seperti ada benda yang bergerak atau merayap
7.  Mata terasa pedih dan berair
8.  Nafas berbau
9.  Dll.

CARA UNTUK KURANGKAN

1.  Cuba untuk kurangkan habuk di rumah anda - terutama tempat tidur atau tempat anda bersantai di rumah
2.  Cuba untuk jauhkan diri anda daripada haiwan peliharaan
3.  Kurangkan memakan makanan yang pedas atau makanan laut - bergantung kepada alahan anda
4.  Dapatkan rawatan - rawatan asap, buang lendir atau bekam
5.  Rujuk kepada doktor atau pakar perubatan sebelum anda mengambil apa-apa ubatan

3 October 2013

The War.

.FINAL EXAMINATION WEEKS.
.EXAM FEVER.
.ALL OUT FOR THESE 5 PAPERS.
1. BEL
2. CSC
3. CTU
4. RECORDS MANAGEMENT
5. INTERPERSONAL COMMUNICATION SKILL
.PREPARE MYSELF, MY MIND, MENTAL AND PHYSICAL.
.GOOD LUCK TO ALL UITM STUDENT.
.HOPING FOR FLYING COLORS RESULT.
.AMIN :).

Perempuan Kuat Cemburu? Kenapa?

Dah memang lumrah seorang perempuan terikat rapat dengan perkataan 'CEMBURU' or omputeh cakap 'JEALOUS'.  Perasaan cemburu ni boleh timbul dalam banyak situasi. Dalam situasi bercinta, rumah tangga, bekerja, rakan dan sebagainya.  Ada jugak orang yang jenis KUAT CEMBURU dan memang tak dapat dibendung lagi.  Pokok pangkalnya ialah, individu itu sendiri dalam menangani masalah CEMBURU itu.

Okay kalau focus dekat pasangan yang bercinta, perempuan memang sinonim dengan CEMBURU. Kenapa?

1. Sifat Semulajadi Wanita

Macam yang disebut tadi, dah memang lumrah wanita ni ada perasaan cemburu.  Cuma yang membezakan, lain orang, lain tahap cemburu dia tu.  Ada jenis wanita yang tunjuk perasaan cemburu dia dengan pasangan dia. Ada yang jenis pendam sampai makan hati - parah ni -_-

2.  Terlalu Sayang

Selalunya, dalam sesebuah perhubungan ni, perempuan lagi 'concern' dan 'care' tentang pasangannya.  Boleh cakap 'terlalu sayang' lah.  Bila pasangannya tiada berdekatan, fikiran cemburu tu akan datang menusuk ke kalbu HAHA.  Mesti fikiran akan fikir benda-benda yang tak elok. Okay part ni, memang kena handle sendiri.  Kalau tak boleh handle, parah lah.  Sebab it can leads to serious problem and misunderstanding.

3.  Kurang Komunikasi

Kurang komunikasi antara pasangan juga akan menyebabkan cemburu.  Perempuan kan? So agak paranoid dan mula lah fikir yang pasangannya ada yang ketiga atau bosan dengan hubungan. Walaupun hakikatnya, mungkin pasangan anda sibuk atau terlalu penat dengan kerja seharian. Jadi, apa yang boleh ditekankan di sini, komunikasi itu penting dalam sesebuah perhubungan.  Dan... pasangan harus memahami dengan baik sikap dan cara pasangan anda.

4.  Posesif

Wanita boleh dikatakan 'obses' dengan pasangan mereka sehinggakan semua perbuatan, tingkah laku, gerak geri pasangannya akan diperhatikan.  Lagi-lagi zaman teknologi moden ni semua orang ada Facebook, Twitter etc. dan ini semua akan menyebabkan perempuan bertambah-tambah double-triple cemburu kalau mereka nampak atau terlihat pasangan mereka berhubung dengan wanita lain.  Walhal, ianya hanya perbualan biasa.

5.  Minta Perhatian

Kadang-kadang, wanita ni tunjukkan rasa cemburu dia kerana dia hendakkan perhatian pasangannya.
Mungkin bagi lelaki yang kurang tunjukkan yang mereka 'kesah' tentang pasangan mereka, akan menghadapi situasi ini di mana pasangan mereka akan menunjukkan sifat 'cemburu' yang menggunung dan membukit.  Jadi, bagi lelaki-lelaki yang baca entry ni, naikkanlah tahap kesensetifan anda terhadap pasangan anda. 

Hakikatnya, diri ini seorang yang sangat kuat cemburu dan MASIH mencari solusi bagaimana untuk kurangkan perasaan dan rasa yang tak sepatutnya ni :)







17 August 2013

Pak Putra Ayam Tandoori & Naan

Hahh krukk krekkk perut ni bunyi masa tengah update pasal Restoran Pak Putra ni.  Bukan apa, teringat kat naan cheese dia yang memang kena lah dengan tekak buaya aku ni.  Thanks to my roommate, Yaya, sebab introduced this place to me and Kak ika (KAMI HANTU CHEESE NAAN)

Untuk sesiapa yang memang suka naan, boleh lah try makan naan dekat Restoran Pak Putra ni.  Kedai dia tepi jalan je kat Kota Laksamana tuu. 


(Tengah2 makan baru perasan those girls are the crews from Hitz.fm)



Restoran Pak Putra ni ada banyak selection of food.  Macam2 sampai ada yang tak berani nak order sebab takut tak reti makan. HAHA.  Roti Naan dia ada Naan Biasa, Naan Cheese, Double/ Triple Cheese Naan, Garlic and many more.


Harga pun berpatutan tauu.  Sesuai lah dengan kesedapan dia.  Bawah ni menu yang I selalu order and maybe takkan tukar lain kot. Hehe

Ayam Tandoori : RM7
Double Cheese Naan : RM4

I tell you what, you guys should try this restaurant.  For sure, it worth.