Help you, perhaps

FEELS. WRITES. SHARES. PEOPLE READ. JUDGE. LIKE/ DISLIKE. IT'S LIFE BABY!

3 October 2013

Perempuan Kuat Cemburu? Kenapa?

Dah memang lumrah seorang perempuan terikat rapat dengan perkataan 'CEMBURU' or omputeh cakap 'JEALOUS'.  Perasaan cemburu ni boleh timbul dalam banyak situasi. Dalam situasi bercinta, rumah tangga, bekerja, rakan dan sebagainya.  Ada jugak orang yang jenis KUAT CEMBURU dan memang tak dapat dibendung lagi.  Pokok pangkalnya ialah, individu itu sendiri dalam menangani masalah CEMBURU itu.

Okay kalau focus dekat pasangan yang bercinta, perempuan memang sinonim dengan CEMBURU. Kenapa?

1. Sifat Semulajadi Wanita

Macam yang disebut tadi, dah memang lumrah wanita ni ada perasaan cemburu.  Cuma yang membezakan, lain orang, lain tahap cemburu dia tu.  Ada jenis wanita yang tunjuk perasaan cemburu dia dengan pasangan dia. Ada yang jenis pendam sampai makan hati - parah ni -_-

2.  Terlalu Sayang

Selalunya, dalam sesebuah perhubungan ni, perempuan lagi 'concern' dan 'care' tentang pasangannya.  Boleh cakap 'terlalu sayang' lah.  Bila pasangannya tiada berdekatan, fikiran cemburu tu akan datang menusuk ke kalbu HAHA.  Mesti fikiran akan fikir benda-benda yang tak elok. Okay part ni, memang kena handle sendiri.  Kalau tak boleh handle, parah lah.  Sebab it can leads to serious problem and misunderstanding.

3.  Kurang Komunikasi

Kurang komunikasi antara pasangan juga akan menyebabkan cemburu.  Perempuan kan? So agak paranoid dan mula lah fikir yang pasangannya ada yang ketiga atau bosan dengan hubungan. Walaupun hakikatnya, mungkin pasangan anda sibuk atau terlalu penat dengan kerja seharian. Jadi, apa yang boleh ditekankan di sini, komunikasi itu penting dalam sesebuah perhubungan.  Dan... pasangan harus memahami dengan baik sikap dan cara pasangan anda.

4.  Posesif

Wanita boleh dikatakan 'obses' dengan pasangan mereka sehinggakan semua perbuatan, tingkah laku, gerak geri pasangannya akan diperhatikan.  Lagi-lagi zaman teknologi moden ni semua orang ada Facebook, Twitter etc. dan ini semua akan menyebabkan perempuan bertambah-tambah double-triple cemburu kalau mereka nampak atau terlihat pasangan mereka berhubung dengan wanita lain.  Walhal, ianya hanya perbualan biasa.

5.  Minta Perhatian

Kadang-kadang, wanita ni tunjukkan rasa cemburu dia kerana dia hendakkan perhatian pasangannya.
Mungkin bagi lelaki yang kurang tunjukkan yang mereka 'kesah' tentang pasangan mereka, akan menghadapi situasi ini di mana pasangan mereka akan menunjukkan sifat 'cemburu' yang menggunung dan membukit.  Jadi, bagi lelaki-lelaki yang baca entry ni, naikkanlah tahap kesensetifan anda terhadap pasangan anda. 

Hakikatnya, diri ini seorang yang sangat kuat cemburu dan MASIH mencari solusi bagaimana untuk kurangkan perasaan dan rasa yang tak sepatutnya ni :)







17 August 2013

Pak Putra Ayam Tandoori & Naan

Hahh krukk krekkk perut ni bunyi masa tengah update pasal Restoran Pak Putra ni.  Bukan apa, teringat kat naan cheese dia yang memang kena lah dengan tekak buaya aku ni.  Thanks to my roommate, Yaya, sebab introduced this place to me and Kak ika (KAMI HANTU CHEESE NAAN)

Untuk sesiapa yang memang suka naan, boleh lah try makan naan dekat Restoran Pak Putra ni.  Kedai dia tepi jalan je kat Kota Laksamana tuu. 


(Tengah2 makan baru perasan those girls are the crews from Hitz.fm)



Restoran Pak Putra ni ada banyak selection of food.  Macam2 sampai ada yang tak berani nak order sebab takut tak reti makan. HAHA.  Roti Naan dia ada Naan Biasa, Naan Cheese, Double/ Triple Cheese Naan, Garlic and many more.


Harga pun berpatutan tauu.  Sesuai lah dengan kesedapan dia.  Bawah ni menu yang I selalu order and maybe takkan tukar lain kot. Hehe

Ayam Tandoori : RM7
Double Cheese Naan : RM4

I tell you what, you guys should try this restaurant.  For sure, it worth.

14 July 2013

Kekal Sihat Semasa Berpuasa

Rasanya tak terlalu lambat untuk I kongsi serba sedikit tentang tips untuk kekal sihat sepanjang bulan puasa ni. Ehhh? Kalau bukan puasa tak boleh sihat ke? HAHA takk this is just a simple tips untuk pastikan diri kita mampu untuk berpuasa tanpa ada masalah kesihatan.

(1) Bersahur

Sahur ni adalah part paling penting untuk I semasa menjalani ibadah puasa.  Tak lengkap rasanya puasa kalau tak sahur.  Kalau boleh, masa sahur tu, makan berat sikit supaya ada tenaga sepanjang hari.  Lagi-lagi bagi yang bekerja tu. Mesti nak guna banyak tenaga kan?

Untuk STUDENTS yang berpuasa di campus, mesti susah nak cari nasi atau lauk masa sahur kan?  So here are my suggestions:

(i) Beli makanan kat cafe dlm pukul 11 malam ke atas.  Bukan apa, cuma nak elakkan basi.
(ii) Beli apa-apa roti yang boleh kenyangkan perut.  I prefer roti gardenia + Tuna. Perfect combination untuk buat perut I kenyang pagi-pagi buta tu.
(iii) Mintak kat parent you all sponsor periuk nasi yang kecil dan comel tu. So that you all boleh masak nasi sebelum tidur, then masa sahur boleh makan.  Kalau nak senang, mintak jugak kat parent you all makanan yang dalam tin-tin tu. Makan dengan nasi panas, memang terbaek lah!!

*My third suggestion is not really recommended sebab boleh mengakibatkan satu block hostel black out masa subuh-subuh tuu kalau tak kena dengan caranya. HAHA

(2) Minum Air Masak Secukupnya

Sepanjang seharian kita berpuasa, mesti badan kita banyak hilang air kan? So masa sahur tu, banyakkan minum air masak atau air suam.  Masa berbuka pun, lepas dah minum air manis-manis yang sejuk-sejuk tu, minum lah air masak pula yer.

(3) Berbuka Dengan Kurma

Berbuka dengan kurma adalah sunnah Rasulullah S.A.W kan? So apa kata kita ikut. Untuk sesiapa yang tak makan kurma tu, cari lah kuih-kuih yang manis tu untuk berbuka.  Lagipun, kurma ni adalah sejenis makanan yang berkarbohidrat.  Tapi yang specialnya, kurma tak perlu dihadam untuk memberikan tenaga kepada badan.  Kurma boleh memberikan tenaga semula kepada kita setelah seharian berpuasa.

(4) Kebersihan Makanan

Apparently, kita lebih prefer berbuka dengan juadan home-made kan? Haa sebenarnya itu lagi bagus sebab kita boleh pastikan makan bersih dan selamat.  Sekali-sekala terasa nak habiskan duit kat bazar Ramadhan pun boleh, adat kan.  Bukannya apa, semasa berpuasa, badan kita kekurangan air kan? Jadi, risiko untuk terkena keracunan makanan lebih tinggi daripada biasa. Jadi, ambil beratlah tentang pemilihan makanan untuk berbuka.

SELAMAT BERPUASA! :)

Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum semua.  Rasanya belum terlambat untuk ucapkan SELAMAT BERPUASA kepada seluruh umat Islam di muka bumi Allah ini.  Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan berharga untuk kita semua insyaAllah :)



Walaupun first Ramadhan tahun ini terpaksa berjauhan dengan keluarga tercinta, tapi tak menghalang diri ini untuk menyambut bulan yang mulia.  Experience jugak tauu first Ramadhan berpuasa dan berbuka dengan kawan-kawan.  


Let's make Ramadhan's Checklist


P/S:  JANGAN LUPA SAHUR YER. NANTI TAKDE TENAGA UNTUK BERPUASA

1 July 2013

Do You Love Coffee?


As you know, coffee mengandungi kafein dan adalah amat penting untuk kita, as a consumer, untuk tahu kebaikan dan keburukan coffee. Ada orang memang jenis addict gilosss dengan coffee and so am I. I'm one of the coffee lover. My favorite coffee is Old Town White Coffee, Original.

This morning, my lecturer had told me that there are some side effects of consuming too much coffee. Ergghh I felt like, do I have to stop from consuming the lovely tasty OTWC?


I just want to share my experience where I'm too rely on OTWC when I was 17 years old. I tak boleh angkat kepala kalau tak minum coffee masa sebelum pergi sekolah. Everyday kena minum kalau tak, tak boleh focus dalam class. Kerja nya nak tidur je. Fortunately, I managed to cope with this problem bila dah masuk university.

_______________________________________________________________


Here's some information about Positive and Negative effects of coffee that every coffee consumers should know :



As one of the coffee lover, I suggest supaya jangan terlalu bergantung kepada coffee.  Take it moderately before it cause you serious consequences.