Help you, perhaps

FEELS. WRITES. SHARES. PEOPLE READ. JUDGE. LIKE/ DISLIKE. IT'S LIFE BABY!

27 August 2012

Cinta. Wahai hati...

Bila diri dicintai, bergembiralah wahai hati.  Kerana Cinta itu selalu akan membuatmu bahagia dan tersenyum.
Tetapi ingatlah wahai hati, tiada cinta lain yang sehebat cinta ibu dan bapa terhadap kita.

Bila diri dicintai oleh seseorang manusia, setialah wahai hati.  Kerana, kesetiaan itu penting untuk sesebuah hubungan.

Bila diri berhadapan dengan masalah cinta, tenanglah wahai hati.  Sesungguhnya cinta itu memerlukan pengorbanan.

Bila hati dilukai, tenanglah wahai hati.  Jangan bersedih.  Sesungguhnya, jodoh itu telah ditetapkan oleh Ilahi untuk setiap makhlukNya.

Bila rasa ingin berputus asa,  bangunlah wahai hati.  Jangan biarkan jasad lemah dengan kata-kata mu.

WAHAI HATI, TEGARLAH.
WAHAI HATI, BERGEMBIRALAH :)

No comments:

Post a Comment