Help you, perhaps

FEELS. WRITES. SHARES. PEOPLE READ. JUDGE. LIKE/ DISLIKE. IT'S LIFE BABY!

5 December 2011

Fakta Menarik Tentang Lelaki :)

1. Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.


2. 'Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum?' adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.


3. Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.


4. Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.


5. Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.


6. Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka.


7. Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.


8. Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka.

9. Lelaki amat sayang ibu mereka.


10. Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan anda seorang pendengar yang setia.


11. Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka.


12. Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai.




13. Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan lelaki.


14. Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka.


15. Sukar untuk lelaki untuk melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun.


16. Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.


17. Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.


18. Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.




19. Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.


20. Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua.


21. Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada.


22. Lelaki juga akan menangis.

P/S: Dah bace? Adakah fakta2 di atas ade kene mengena dgn kamuu?
Ape2 pun, thanks for readin' :)

2 comments: